Pages

Tuesday, February 7, 2017

Tarik telinga kiri, telinga kanan pun terasa (bab1)

Kedengaran dari jauh bunyi sebuah kereta mula memecah keheningan pagi. Dalam beberapa detik sahaja, muncul sebuah kereta sport buatan Italy milik Sufi yang dibelikan oleh ayahnya kira-kira dua bulan yang lalu. Ayahnya merupakan seorang ahli perniagaan berpangkat datuk. Seperti biasa, Sufi akan keluar untuk berhibur di kelab malam di Pusat Bandar. Tujuan Sufi ke kelab malam adalah untuk berhibur semata-mata. Hanya mendengar muzik moden yang diputarkan DJ. Sufi tidak minum arak apatah lagi dadah kerana perbuatan tersebut tidak sinonim dengan namanya iaitu Sufi.

"Assalamualaikum, awal kau bangun Zaidi?" Sufi menegur rakan serumahnya yang sedang sibuk membasuh kapcainya.

"Waalaikummussalam, aku tak boleh tidur lah. Tu yang aku basuh motor aku ni" balas Zaidi sambil memberus tayar motornya yang tergilis tahi kucing sewaktu pulang dari universiti petang semalam.

Sufi hanya mengangguk tanda faham dan mula melangkah masuk ke dalam rumah setelah memastikan kereta sport miliknya di parkir dalam keadaan yang lurus. Sufi terus naik ke bilik untuk tidur setelah penat melakukan pelbagai tarian di kelab malam. Sebelum itu, Sufi sempat memerhati gelagat rakan serumahnya Azam, yang sedang nyenyak tidur di atas sofa.

Sufi, Zaidi, Azam merupakan sahabat karib yang belajar di salah sebuah universiti tempatan dan mereka menyewa sebuah rumah teres yang kos sewanya ditanggung sepenunhnya oleh Sufi memandangkan Zaidi dan Azam berasal dari keluarga yang tidak berkemampuan. Bagi sufi, menanggung kos sewa rumah bukanlah masalah besar mahupun kecil bagi dirinya kerana perbelanjaan bulanan yang diberi oleh ayahnya mencecah lima ribu ringgit. Itu tidak termasuk kos minyak kereta sport miliknya.

Ketika Sufi dan Azam masih nyenyak tidur, Zaidi masih berada di halaman rumah sambil memeriksa tayar motorsikalnya.

"Ahhhhh time takda duit lah tayar motor aku nak pancit" bebel Zaidi.

Ternyata bukan hanya tahi kucing yang digilisnya, Zaidi turut terlanggar batu-batu tajam yang menyebabkan tayar motorsikalnya pancit.

Dalam fikiran zaidi hanya satu sahaja jalan penyelesaiaan, meminjam duit daripada Sufi. Motorsikalnya harus dibaiki secepat mungkin kerana itulah satu-satunya kenderaan untuk dia dan Azam keluar ke kedai makan. Namun Zaidi terlupa bahawa hari ini merupakan hari minggu, bengkel semuanya tutup.

Jika motorsikalnya tidak dibaiki secepat mungkin, Zaidi dan Azam terpaksa bergantung kepada Sufi jika mereka hendak membeli makanan. Tetapi kebiasaannya, setiap hari minggu sufi akan pulang ke rumah keluarganya. Jika tidak pulang ke rumah keluarganya, Sufi akan menghabiskan waktu hujung minggunya di kelab malam.

Masalah mengundang lebih banyak masalah, dari tayar yang pancit dan bengkel yang tutup pada hari minggu, Zaidi terpaksa memikirkan cara untuk dia dan Azam keluar makan setiap kali malam menjelma memandangkan dapur rumah sewanya juga tidak dilengkapi dengan peralatan untuk memasak apatah lagi bahan-bahan masakan. Mustahil untuk dia dan Azam menahan lapar kerana baginya makanan merupakan salah satu sumber kebahagian dalam kehidupan.

Hanya satu sahaja cara yang difikirkan Zaidi. Dia dan Azam perlu mengikuti Sufi pulang ke rumah keluarganya ataupun mengikuti Sufi ke kelab malam. Namun Zaidi berdoa Sufi pulang ke rumah keluarganya kerana dia tidak mahu menjejakkan kaki ke kelab malam. Dia tidak mahu peristiwa lama berulang kembali di mana ketika kali pertama dia dan Azam menjejakkan kaki ke kelab malam, dia telah dipelawa oleh seorang pondan yang memilik buah dada sebesar bola keranjang untuk menari bersama. Baginya peristiwa tersebut patut dilupuskan dari ingatannya kerana jika teringat, buah dada palsu pondan tersebut akan menghantuinya sepanjang hidupnya.

Setelah penat berfikir, Zaidi masuk ke dalam rumah untuk menyambung semula tidurnya yang tertangguh sementara menunggu Sufi bangun daripada tidur bagi meminta persetujuan tentang apa yang difikirkannya sebentar tadi.

Sebelum masuk ke bilik, Zaidi sempat merenung wajah Azam yang sedang lena dibuai mimpi sambil air liur basinya meleleh sehingga membanjiri lantai.

" Mujur sahaja air liur basi Azam jatuh ke lantai, jika ke bantal, sudah tentu akan terhasil peta untuk mencari hang tuah hahahaha." gelaknya Zaidi sendirian lantas terus masuk ke bilik dan tidur.

No comments:

Post a Comment